Monday, December 2, 2013

Sejarah Kuda



Ringkasan Sejarah Kuda


Kuda sudah lama berada dibumi dan tersebar diseluroh dunia. Kuda telah disimpan dan diternakkan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi. Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ),
Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah).
Dari kuda-kuda manusia mulai menjinakkannya dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sirkus, olahraga, pertandingan dan sebagainya.

Sejarah Kuda Di Malaysia


Di Malaysia, kuda diternak dan dipelihara oleh segelintir masyarakat setempat saperti di Kelantan, di Sabah, Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Melaka, dll.

Di Kelantan dan Sabah biasanya kuda dipeliharauntuk tujuan pertanian, pertandingan lumba kuda, pertunjukan dan sebagainya. di Kelantan biasanya kuda diternak sebagai hobi untuk masa lapang selepas para petani selesai melakukan pertanian mereka saperti selepas menanam padi atau menoreh getah. Pada sore hari  anak-anak muda akan menunggang kuda sebagai rekreasi atau memulihkan capek di badan.

Sementara di Ipoh, Kuala Lumpur, Pualau Pinang kuda digunakan untuk tujuan perlombaan profesional.


Benarkah Kuda Arab Terbaik di Dunia ?


Kuda Arab telah diakui diseluruh dunia bahawa mereka adalah kuda asli Arab yang dapat diketahui oleh peminat kuda sejak 3000 tahun dahulu. Orang-orang barat mengakui bahawa Kuda Arab yang terdapat dinegara-negara Arab saperti Arab Saudi, Yemen, Syria, Iraq, Libya, Iran, Mesir adalah tempat-tempat asli terdapatnya kuda ini.

Sekarang hampir semua kuda-kuda hebat di dunia termasuk kuda Inggeris Thoroughbred, Dartland, Barb, Criollo dan sebagainya sedikit sebanyak mempunyai pertalian darah dengan Kuda Arab. Dibalik kehebatan kuda-kuda lain didunia, pasti adalah didalam badan mereka, mengalir darah Kuda Arab.

Begitulah hebatnya Kuda Arab. Namun yang paling sedihnya, Kuda Arab yang terbaik masa kini bukan terletak di negara-negara Arab, malah Australia,Perancis, Hungary, Poland adalah tempat-tempat yang ternama untuk mendapatkan keturunan Kuda Arab. Malah di Australia sahaja terdapat beratus-ratus ribu keturunan kuda Arab yang baik-baik.

Dikalangan negara Arab, Mesir dianggap negara paling kedepan dalam memelihara dan mengembangbiakkan keturunan kuda arab yang baik dan bebepara tahun terakhir ini, kita dapati U.A.E. telah memulai langkah memelihara dan mengembangbiakkan keturunan kuda arab asli.

Jenis Kuda Arab


Dikalangan penternak kuda kita dapati nama-nama kuda saperti 'Straight Egyptian, Kuda Arab Polish, Russia, Amerika, Crabbet Arabian,Kholonial Arabian dan lain-lain kuda Arab adalah hampir sama. Cuma yang bedanya mereka mendapatkan kuda-kuda Arab asli ini dari negara-negara Arab saperti Yaman, Arab Saudi, Syria, Iraq, Lebanon, Egypt dan lain-lain.
Untuk mengabadikan identitas negara tersebut, maka lahirlah jenis kuda arab yang dipanggila ' Straight Egyptian, Crabbet Arabian, Kholonial Arabian, dsb.
Hakikat sebenarnya kuda-kuda tersebut adalah hampir sama dari segi keturunan atau istilah kuda dipanggil 'strain'.

Katakanlah jenis Kuda Arab kami, yaitu Kaaba Khan dan Amira Esteeka mengandungi dalam darahnya dari jenis kuda Arab Mesir, Kuda Aran Yaman dan Kuda Arab dari Saudi. Dilihat pada Surat kelahirannya terdapat jenis yang ditulis 'El-Segrawi'  Begitu juga kuda-kuda Arab lain.
Oleh itu jika anda ingin membeli Kuda Arab muni, jangan keliru dengan nama-nama tersebut, yang penting ialah ' 100 % baka Arab tiruan'

No comments:

Post a Comment