Wednesday, December 4, 2013

PENTINGNYA SOLAT MALAM UTK MENJADI LEBIH SEHAT



Petua Rasulullah s.a.w buat yang mengidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) ajaklah dia/mereka untuk mengamalkan sholat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakaat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;

“Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya sholat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan.”

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Semoga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed

No comments:

Post a Comment